PUISI PART 3 : THE LAST FIRE BENDER
Kini tiba masanya untuk kita sama-sama memahami elemen KETIGA iaitu FIRE = Emotion [Emotional Quotient] setelah selesai kita menelaah elemen kedua PUISI 2010 : Water yang menampilkan Mental Quotient.
Apa kaitan FIRE dengan Emotion?
Apakah yang dimaksudkan dengan Emotional Quotient?
Team FIRE menjawab :
Emotional quotient sering dikaitkan dengan emosi seseorang individu sebagai reaksi terhadap sesuatu perkara.
Namun kita harus sedar bahawa EMOSI memainkan peranan yang penting di dalam menggerakkan seseorang individu samada menuju kejayaan ataupun sebaliknya.
Bak kata pepatah orang melayu,
Api yang kecil menjadi kawan,
Apabila besar menjadi lawan.
Ok, jadi apa kaitan EQ dan FIRE?
Team FIRE menjawab :
Bayangkan api sebagai semangat kita.
Api yang membara akan memandu seseorang individu menjadi lebih bermotivasi dan seterusnya membuahkan hasil yang bermakna.
Perasaan gembira dan bersemangat ini akan dikongsi bersama rakan-rakan lain dan seterusnya mencetuskan suatu rantaian manusia yang cenderung untuk bekerjasama menghasilkan kejayaan.
Tapi AWAS!
Apabila Emosi negatif menguasai diri,
Semangat yang disalurkan bertukar menjadi perkara yang dibenci dan seterusnya membantutkan potensi sebenar diri.
Emosi yang tidak terkawal akan mendatangkan kesan buruk kepada orang sekeliling, dan lebih teruk lagi, dikhuatiri boleh member impak
kepada pergaulan sehinggalah membinasakan sesebuah institusi.
Firman Allah di dalam surah An-Nisa ayat 104:
Dan janganlah kamu lemah (hilang semangat) dalam memburu musuh (yang menceroboh) itu; kerana kalau kamu menderita sakit (luka atau mati) maka sesungguhnya mereka pun menderita sakitnya seperti penderitaan kamu; sedang kamu mengharapkan dari Allah apa yang mereka tidak harapkan (iaitu balasan yang baik pada hari akhirat kelak) dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
Kesimpulan :
Emosi yang dikawal dengan baik dan semangat yang positif boleh memberikan kesan yang baik kepada diri dan individu sekeliling. Ia boleh menyuntik semangat individu lain untuk turut sama bergerak di dalam kumpulan demi mencapai satu matlamat yang sama.
Akan tetapi emosi juga perlu dikawal dengan bijak supaya tidak membantutkan potensi diri untuk bergerak ke hadapan dan juga supaya emosi yang negatif itu tidak member kesan buruk ke atas individu lain.
Jadi, Apa Kata Anda Pula?
Hantarkan penyertaan apa-apa sahaja berkaitan dengan API.
Emailkan kepada:
Khadijah Zulkarnain [wickedwitch_88@...]
Atau
Afiqah Syamimi [amethyst_zen07@...]
Anda Berani Menyahut Cabaran?
-TEAM FIRE/EMOTION PUISI 2010-



