Battle of the elements-Part 2 (water)

PUISI PART 2 : THE LAST WATER BENDER

Kini tiba masanya untuk kita sama-sama memahami elemen kedua iaitu WATER = Mind [Mental Quotient] setelah selesai kita menelaah elemen pertama PUISI 2010 : Earth yang menampilkan Physical Quotient.
Mahu tahu lebih lanjut? Jangan segan [aka malas], jangan malu untuk meneruskan bacaan anda hingga ke akhir email ini. 


Apakah yang dimaksudkan dengan Mental Quotient?
Team Water menjawab : Mental quotient sering dikaitkan dengan kebijaksanaan seseorang.  Namun kita harus sedar bahawa elemen ini turut berkait rapat dengan minda kita yang mempunyai  peranan utama dalam menyelesaikan masalah dan membentuk matlamat [vision]. 
Mana mungkin kita dapat mencapai sesuatu perkara tanpa terlebih dahulu merangka strategi dan  menetapkan matlamat. Seekor gajah yang gagah mampu kalah dengan seekor semut yang dianggap lemah  kerana semut tersebut bijak menggunakan kelebihan diri dan berazam untuk menyelamatkan diri.
Ok, jadi apa kaitan IQ dan WATER?
Team Water menjawab : Water yang merujuk kepada air mempunyai persamaan dengan pemikiran kita.  Sebagai contoh, melalui pembelajaran sains/pengalaman, air akan mengambil bentuk bekas di mana ia diisikan. 

Lihat, air benar-benar mengikut bentuk bekasnya. Beginilah pemikiran kita dibentuk oleh persekitaran kita.  Tidak salah jika kita sesekali keluar daripada kebiasaan kita [think out of the box] supaya kita dapat melihat  sesuatu perkara daripada perspektif yang berbeza. 

Air juga boleh berubah warna andai ada bahan luar [exogenous] yang dicampurkan ke dalamnya.

Jadi, jagalah pemikiran anda agar tidak dicemari oleh perkara yang negatif. Tetapi jangan pula takut untuk mencuba  sesuatu yang baru. Yang paling utama, kita tahu membezakan yang haq dan batil. 

Ingat! Air mempunyai komposisi besar dalam badan kita iaitu sebanyak 70%. Air ialah molekul yang hidup. 

 Dan Kami jadikan dari air tiap-tiap benda yang hidup. Maka mengapa mereka tidak mahu beriman?

(Surah al-Anbiya:30) 

Zikir kepada Allah, selawat dan bacaan Al-Quran akan memantapkan molekul air yang terbentuk begitu indah sekali 

dan anda akan merasakan ketenangan yang hakiki dan amat baik untuk kesihatan fizikal dan mental anda.

Firman Allah bermaksud ” (Iaitu) orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah.

Ingatlah dengan mengingati Allahlah hati menjadi tenteram
Kesimpulan :
Pemikiran kita dapat dibentuk dan dipengaruhi oleh pelbagai faktor. Ia akan mudah terpesong andai kita tidak menyemat tujuan hidup yang utuh dalam diri. 

Anda mempunyai pendapat sendiri tentang mental intelligence dan water? Usah ragu, lontarkan buah fikiran anda kepada kami. Mungkin anda akan menjadi pewarna yang membawa warna yang indah kepada ‘air-air’ lain? Ayuh!
-TEAM WATER/MIND PUISI 2010-

Share and Enjoy:
  • Print
  • Digg
  • Facebook
  • Google Bookmarks
  • MySpace
  • PDF
  • RSS
  • Yahoo! Bookmarks

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.

See also: