Battle of Element – Part 1 (earth)

THE LAST EARTH BENDER!!!

disempurnakan melalui 4 elemen yang semestinya ummph!! iaitu EARTH, WATER, WIND,

AND FIRE.

Sebagai permulaan, kami ingin memperkenalkan kepada anda semua elemen yang pertama iaitu elemen EARTH, yang akan dibawa di PUISI 2010 akan disampaikan melalui aspek Physical Quotient (PQ).

Apakah itu Physical Quotient?

Physical Quotient adalah satu elemen penting kerana ia berkait rapat dengan fizikal badan, dan memainkan peranan yang penting dalam kesihatan rohani. Ia lebih mementingkan akan kesihatan dan penampilan luaran individu tersebut.
Tanpa physical quotient, kita tidak akan berjaya dalam sesuatu perkara. Sebagai contoh, kita ingin mendaki bukit yang curam. Semangat kita memberikan motivasi untuk terus mendaki samapi ke puncak. Kebijaksanaan kita menyelesaikan masalah untuk mencari jalan yang pantas dan selamat. Akan tetapi, jika badan kita tidak segagah yang diperlukan dan kita tiada disiplin untuk meneruskan usaha, pasti kita tidak akan berjaya mendaki bukit tersebut.

Apa kaitan PQ dengan EARTH?

Earth ataupun merujuk kepada tanah, mempunyai nilai dan ciri-ciri yang sama dengan badan kita. Menurut Islam sendiri pun, jasad kita dihasilkan daripada tanah dan bersesuaian dengan firman Allah :

”Dari tanah kamu dijadikan, kepada tanah kami dikembalikan kamu dan daripada

tanah kami keluarkan kamu.” (Surah Thaha : Ayat 55)

Secara saintifiknya juga telah pun terbukti bahawa kandungan jisim dalam badan kita sama jsimnya dengan kandungan bahan dalam tanah. Perkaitan antara earth (tanah) dan juga fizikal sangat jelas dan terang.Contohnya, jika kita mempunyai sebuah kebun tetapi kita tidak menjaganya dengan baik, bagaimanakah sayur-sayuran/buah-buahan kita hendak tumbuh dengan baik? Samalah dengan badan kita, jika kita tidak menjaganya dengan baik, maka bagaimana kita hendak membesar dengan sihar
Penjagaan tanah juga haruslah sistematik dan terkawal seperti waktu siraman, kawalan serangga supaya hasil kebun kita tidak rosak. Badan kita juga tidak ada bezanya, kita hendaklah berdisiplin dalam menjaganya seperti waktu makan, waktu senaman, solat dan jauhkan daripada bahaya/ kecederaan.

Konklusi

Disiplin yang diperlukan dalam menjaga keseimbangan antara keterampilan dan kesihatan diri merupakan langkah pertama membentuk individual yang mempunyai habit yang baik. Ingat! Berlian yang cantik juga asalnya dari arang yang telah menerima tekanan yang tinggi. Jadi, apa tunggu lagi? Apa pendapat anda pula akan PQ dan Earth?  Hantarkan
penyertaan anda semua kepada kami!!
Share and Enjoy:
  • Print
  • Digg
  • Facebook
  • Google Bookmarks
  • MySpace
  • PDF
  • RSS
  • Yahoo! Bookmarks

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.

See also: