Persatuan Pelajar Islam Malaysia Ireland (PPIMI) pada sesi ini, sekali lagi menawarkan khidmat menguruskan penempatan (perumahan) bagi pelajar-pelajar tahun pertama Royal College of Surgeons in Ireland (RCSI) sesi 2012/2013.
Untuk makluman, PPIMI sudah berpengalaman lebih dari 7 tahun dalam menguruskan perumahan bagi pelajar-pelajar baru yang akan melanjutkan pelajaran ke Dublin khususnya pelajar RCSI kerana kebiasaannya pelajar RCSI memilih untuk tidak tinggal di penempatan yang disediakan oleh pihak kolej disebabkan biaya yang mahal. Oleh itu, PPIMI menawarkan khidmat ini sebagai alternatif kemudahan tempat tinggal bagi pelajar baru.
PPIMI akan mencari rumah-rumah yang sesuai berdasarkan faktor keselamatan, jarak, sewa yang berpatutan dan juga keselesaan. Lajnah Kebajikan PPIMI akan memantau kebajikan dan keselamatan penghuni rumah serta bertanggungjawab sekiranya berlaku masalah di rumah-rumah yang disediakan oleh pihak kami. Bagi pelajar yang memilih untuk tidak tinggal di rumah yang kami sediakan, pihak kami tidak akan bertanggungjawab sama sekali sekiranya berlaku masalah berhubung isu perumahan saudara/i.
Setiap rumah yang disediakan oleh pihak PPIMI akan mempunyai sekurang-kurangnya 2 orang pelajar senior bagi memudahkan urusan-urusan serta keperluan pelajar yang baru sampai. Diharapkan dengan kehadiran pelajar senior dapat membantu pelajar baru menyesuaikan diri dengan lebih mudah di negara asing ini.
Sehubungan dengan itu, pihak kami amat mengalu-alukan saudara/i untuk tinggal di penempatan yang disediakan oleh pihak kami bagi mengelakkan sebarang masalah timbul pada hari ketibaan saudara/i di Dublin terutamanya masalah berkaitan penempatan. Untuk makluman, PPIMI juga akan menjemput dan menghantar saudara/i daripada lapangan terbang sehingga ke penempatan saudara/i.
Saudara/i yang berminat untuk tinggal di perumahan yang disediakan pihak kami, boleh mengisi borang yang berikut untuk dihubungi selanjutnya.
Sebarang masalah dan pertanyaan lanjut boleh diajukan terus kepada :
Muhammad Taufiq Noorafendi (Ketua Exco Lajnah Kebajikan PPIMI)
di alamat emel taufiq_noorafendi@yahoo.com atau kepada
Marni Shuhaila Kamalluddin (Timbalan Exco Lajnah Kebajikan PPIMI)
di alamat emel marshuhaila@gmail.com



