Persatuan Pelajar Islam Malaysia Ireland (PPIMI)

[SUKAN] Wanita dan Sukan Menurut Perspektif Islam
Susunan: NOORZIHAN MOHAMED YIN

http://www.yadim.com.my

Sukan merupakan suatu aktiviti yang memiliki banyak kelebihan tidak hanya terhad kepada kebaikan daripada segi fizikal dan sosial malahan juga dari segi psikologi. Kebaikan-kebaikan ini adalah sebagai suatu ´keperluan asas´ bagi kedua-dua gender sebagai satu kaedah bagi memastikan tahap kesihatan fizikal mahupun emosi berada di dalam keadaan yang terbaik.

Pada asasnya, Islam tidak pernah menolak sebarang bentuk aktiviti sukan malah Islam sangat menggalakkan umatnya bersukan sebagai suatu aktiviti riadah yang menyihatkan. Rasulullah s.a.w turut menganjurkan umatnya menyertai aktiviti sukan sebagai suatu aktiviti senaman yang paling mujarab.

Islam sebagai agama yang syumul, senantiasa mengambil berat tentang hal ehwal umatnya disamping menjaga hubungannya dengan Pencipta Yang Maha Agung. Walau bagaimanapun, Islam turut menetapkan beberapa syarat dan peraturan yang perlu digunapakai sebagai rujukan dalam menjana setiap gerak-geri umatnya bertujuan agar tidak terpesong daripada ajaran Islam yang hakiki.

Justeru, perkaitan di antara sukan dan penglibatan kaum wanita turut dibatasi dengan tata cara dan tertib yang telah digarispanduankan oleh Islam bertujuan sebagai suatu penetapan bagi mencipta garis keseimbangan di antara hal wanita Islam di dalam sukan dan kepentingan dalam memelihara maruah dan kedudukannya sebagai seorang Muslim.

Dalam situasi ini, Islam telah menyediakan satu garis panduan sebagai suatu metode rujukan bertujuan untuk memelihara kehormatan kaum wanita Muslim daripada perkara-perkara yang boleh melanggar batas-batas moral dan akidah Muslim.

Fatwa yang telah dikeluarkan oleh Majlis Fatwa dan Penyelidikan Kesatuan Eropah menerusi Timbalan Pengerusinya, Sheikh Faysal Mawlawi menegaskan bahawa:

“Perkara asas yang perlu dititikberatkan oleh seorang wanita Islam mengenai penyertaannya di dalam aktiviti sukan adalah menjaga auratnya. Aurat bagi seorang wanita Islam ialah keseluruhan anggota badan kecuali muka dan telapak tangannya.

“Manakala aurat bagi seorang lelaki Islam pula ialah dari pusat hingga ke lutut. Justeru, selagi syarat dan peraturan penutupan aurat ini tidak dilanggar, maka, tidaklah menjadi suatu kesalahan atau halangan bagi wanita mahupun lelaki melibatkan diri mereka di dalam aktiviti sukan.”

Dr. Ali Muhyy Ed-Deen Al-Qara Daaghi, Ketua di Jabatan Usul al Fiqh, Fakulti Syariah, Universiti Qatar menambah:

“Tidak dapat disangkal bahawa agama Islam tidak pernah menghalang kaum wanita melibatkan diri mereka di dalam sukan. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa syarat yang perlu diambil kira. Syarat-syarat tersebut adalah:

1) Wanita dilarang memperagakan diri mereka dengan tujuan menarik perhatian kaum lelaki.

2) Wanita dilarang mendedahkan aurat mereka.

3)Wanita dilarang bergaul dengan kaum lelaki sehingga melanggar batas-batas pergaulan.”

Bersukan dan beriadah merupakan ´hiasan hidup´. Justeru, berlebih-lebih sehingga mengorbankan perkara-perkara yang menjadi kehendak dan keperluan di dalam hidup apatah lagi jika perkara tersebut merupakan keperluan asasi adalah berlawanan dengan fitrah Islam. Semua perkara yang diharuskan disertakan bersamanya syarat tidak keterlaluan kerana Allah s.w.t. tidak menyukai golongan yang melampau dan berlebih-lebihan.

Aktiviti sukan dan riadah ini tidak seharusnya menjadi faktor penyebab bagi wanita khasnya dan lelaki khususnya lalai daripada memenuhi tuntutan agama dan kewajipan dunia. Individu dan masyarakat Muslim tidak kira lelaki mahupun wanita dituntut supaya mengimbangi di antara kehendak dirinya dan kewajipan yang dituntut agama.

[MOTIVASI] Berjaya dalam Ujian Allah
Oleh: Aisha Ardini http://www.aishaardini.com

Apabila disebut sahaja mengenai ujian mahupun peperiksaan, pasti semua berlumba-lumba berusaha untuk memperoleh keputusan yang cemerlang. Diri berusaha dan berdoa sebanyak mungkin kepada Ilahi agar dipermudahkan segala urusan dan beroleh keputusan yang begitu memberangsangkan.Namun, bagaimana pula dengan ujian dari Ilahi? Apakah diri juga berusaha untuk lulus secemerlang mungkin, atau sekadar mengikut perasaan dan rasa?

Sebelum ini hidupmu begitu senang dan tenang.

Namun hari ini semuanya berliku dan menyedihkan.

Sebelum ini urusanmu begitu mudah diselesaikan.

Namun hari ini semuanya nampak sungguh mengelirukan.

Sebelum ini fizikalmu begitu indah menawan.

Namun hari ini semuanya ditarik dek kemalangan.

Sebelum ini persahabatanmu tenang tanpa gangguan.

Namun hari ini disertai guruh dan kilat berpanjangan.

Sebelum ini perkahwinanmu begitu bahagia.

Namun hari ini ia merentap hati meruntun jiwa.

Sebelum ini punca rezekimu mengalir tanpa hentinya.

Namun hari ini mencari sesuap nasi pun amat sukar.

Sebelum ini cinta datang semudahnya.

Namun untuk sebuah perkahwinan, terdapat jutaan halangan.

Sebelum ini kejayaan diperoleh begitu lazim.

Namun hari ini sukar sekali untuk meraihnya.

Sebelum ini lama diimpikan seorang cahaya mata.

Namun hari ini tiada satu pun yg lahir mengubat jiwa.

Bersabarlah hati dan bertanyalah diri.

“Sedarkah aku bahawa ini semua ujiannya? Apakah aku bersedia untuk menghadapi dan berjaya dalam ujian diberikan oleh Tuhanku?,”

Apabila terasa hidup ini semakin sukar, aku mula memarahi Tuhan.

Seharusnya, kesukaran ini aku hadapi dengan kesabaran dan jutaan doa kepadaNya

Apabila hatiku terasa panas dek marah, aku luahkan cercaan dan nista.

Seharusnya, aku beristighfar mengingati Tuhan sebanyaknya

Apabila insan lain meluahkan kata maaf, aku menolaknya dengan penuh keegoan.

Seharusnya, aku terima dengan penuh keikhlasan

Dan apabila aku melakukan kesalahan, tidak pula aku meminta maaf namun aku menuduh orang lain pula.

Seharusnya, aku bermuhasabah dan mendahulukan memohon maaf kepadanya

Apabila rezekiku semakin berkurangan, aku menyalahkan pada Tuhan.

Seharusnya aku terus berusaha dan memohon kepada Dia

Apabila aku bergaduh, aku melampaui batas dan berlebih-lebihan.

Seharusnya, aku kawal hati dan minda dgn kesabaran, agar tidak tergolong dalam golongan munafik

Apabila aku dikurniakan nikmat, aku riak dan takbur lantas lupa pada Tuhan.

Seharusnya, aku bersyukur dan menggunakan segala nikmat ke arah kebaikan

Apabila aku melihat kejayaan dan kelebihan insan lain, aku merasakan tidak puas hati dan iri hati kepadanya.

Seharusnya, aku bersyukur dan gembira bagi pihaknya dan menambahkan usahaku

Apabila aku melihat keburukan dan kekurangan orang lain, aku mencanangkannya pada dunia.

Seharusnya, aku menasihati dan menegurnya, agar aku tidak dipersoalkan di akhirat kelak

Apabila diberi pancaindera selengkapnya, aku gunakan ke arah kemungkaran.

Seharusnya, aku gunakan nikmat itu untuk memujiNya dan ke arah kebaikan

Apabila aku dikurniakan cinta, aku halakan ia ke arah penzinaan.

Seharusnya, aku bersyukur dan mengikatnya dengan sebuah perkahwinan

Apabila aku meluahkan pendapat, aku berniat menginginkan kemenangan.

Seharusnya, aku mendengar semua untuk mencari sebuah kebenaran

Apabila aku diberikan ibu bapa, aku karangkan sebuah kisah penderhakaan,

Seharusnya, aku mentaati dan membahagiakan kedua-duanya

Apabila aku dikurniakan kecantikan, aku gunakan untuk rencana godaan dan kelalaian,

Seharusnya, aku menjaga nilai maruahku untuk dinikmati si suami kelak

Apabila aku bersengketa, aku letakkan semua kesilapan pada seseorang.

Seharusnya, aku bermuhasabah dan berusaha untuk kembali ke jalan pulang

Apabila aku diberikan persahabatan, dari awalnya aku tidak menzahirkan sebuah kejujuran.

Seharusnya, aku baluti ukhwah persahabatan dengan sebuah keikhlasan

Apabila aku dikurniakan ilmu, aku terima segalanya dengan mendabik dada.

Seharusnya, aku bersyukur kepadaNya dan menyebarkan ilmu untuk kebaikan bersama

Apabila terdapat kelebihanku, aku memandang rendah dan hina pada yg lain.

Seharusnya, aku membantu dan membimbing yg lain dgn menggunakan nikmat yg dikurniakanNya

Apabila aku diberikan akal, aku gunakan untuk bersangka buruk pada seseorang.

Seharusnya, aku bersangka baik untuk mengelakkan persengkataan

Apabila aku diberikan hati, aku hitamkan ia dengan perasaan benci membenci

Seharusnya, aku penuhi ia dengan seribu satu kasih dan sayang

Apabila aku melakukan kesalahan, aku tidak mahu mengaku kesalahan yg telah dilakukan

Seharusnya, aku terima dan perbaiki diri untuk menjadi lebih baik pada hari kemudian

Dan apabila aku diberikan ujian olehNya, aku gagal kerana aku mengikut perasaan dan rasa

Seharusnya, aku berazam dan berusaha untuk lulus dgn begitu cemerlang

Apabila dirimu diberikan ujian, ketahuilah dirimu bahawa Allah menyayangimu, kerana itulah dia memberikan dugaan dan ujian itu semua. “Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya mengatakan “kami telah beriman,” dan mereka tidak diuji? Dan sungguh Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang yang berdusta,” (Al ‘Ankabut: 2-3)

Penuhilah hati dengan seribu satu kesabaran dan manfaatkanlah dugaan dan ujian itu untuk mendekatkan dirimu dengan Yang Maha Kuasa. Siapa tahu, andai ajalmu esok atau lusa? Sekurang-kurangnya dirimu meninggalkan dunia dgn tidak lalai dan alpa kepadanya. Sabar itu kuncinya. Terdapat seorang sahabat yang hidupnya begitu berliku dan penuh dgn ujian dan dugaan. Walaupun sedemikian, bibirnya masih mampu tersenyum dan masih mampu melakukan kerja seperti biasanya, kerana dia yakin akan janji-janji Tuhan. Dugaan itulah juga yg menguatkan hatinya dan menjadikan dia lebih matang berbanding rakan-rakan seusianya.

Dia mempunyai keinginan untuk berkahwin dengan pilihan hatinya setelah sekian lama, namun terdapat begitu banyak halangan. Kedua ibu-bapanya menghalang sama sekali dengan alasan dirinya masih muda dan bukan masanya malah pilihan hatinya juga dikatakan tidak layak dgn dirinya dari segi pangkat dan harta.

Dia diugut ibunya untuk diputuskan hubungan silaturahim dan diharamkan setiap titis susu yang pernah diminumnya andai dia memilih untuk berkahwin dengan pilihan hatinya. Pilihan hatinya juga dicerca dan dihina tanpa sebarang usul siasat, hanyalah bersangka-sangka dan tanpa sebarang pertemuan.

Dia sudah begitu banyak berdoa dan berusaha. Pernah dia cuba untuk berkahwin secara sembunyi namun tetap tidak berjaya. Hampir sahaja dia berputus asa, lantas dia mengadu kepada Allah setelah dia bersolat.

Waktu itu, dia teringat akan surah Al-Insyirah ayat 5 dan 6, yang membawa maksud di setiap kesulitan itu pasti ada kemudahan. Dia cuba untuk membaca surah itu, namun apa yg meniti di bibirnya ialah Surah Al-Asr di mana apabila selesai dia membacanya, barulah dia sedar akan surah yang dibacanya.

Dia terasa hairan dan cuba menghayati erti ayat tersebut, yakni bermaksud:

Demi masa.

Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.

Kecuali yang beriman dan yang beramal soleh.

Yang berpesan-pesan dengan kebenaran.

Yang berpesan-pesan dengan kesabaran

Kini tahulah dia bahawa sabar itulah kuncinya. Seberat manapun dugaan dan ujian yang menimpa hati, bersabarlah! Pasti ada ganjaran dari Ilahi atas kesabaranmu dan yakinilah bahawa apa yg terjadi itu terbaik buatmu.

“Dan hati ibu Musa menjadi kosong. Sungguh, hampir sahaja dia menyatakannya (rahsia tentang Musa), seandainya tidak Kami teguhkan hatinya, agar dia termasuk orang-orang yang beriman (kepada janji Allah),” (Al-Qashash, 10)

Yakinlah dengan Allah dan setiap perancangannya. Pasti Allah akan meneguhkan hatimu dan memberikan kekuatan kepadamu saat dirimu lemah dek dugaan dan ujian yg begitu banyak menduga hati. Pasti pada akhirnya hatimu akan semakin teguh dan kuat, tidak lagi lemah seperti sebelumnya.

Berdoa, berdoa dan teruskanlah berdoa. Berdoa itu senjata orang-orang Mukmin, dan Allah itu Maha Berkuasa atas setiap sesuatu. Kun Fayakun. Pohonlah kepadanya agar dipemudahkan ujian dan segala urusanmu, juga diberikan kemudahan setelah datang tibanya sebuah kesulitan

“Dan jika Allah menimpakan suatu bencana kepadamu, tidak ada yang dapat menghilangkannya selain Dia. Dan jika Dia mendatangkan kebaikan kepadamu, maka Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu,” (Al-An’am;17)

Berazamlah untuk berjaya dalam ujian yg diberikan Allah ini. Apapun permasalahanmu, berbaliklah kepada apa yg disarankan agama, pasti dirimu akan menemui jalan pulang dan akan menempah sebuah kejayaan yg hakiki. Ingat, sabar itu kuncinya!

“Dan janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah (pula) bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman,” (Ali-’Imran: 139)

Harapan Mahasiswa Buat Utusan Malaysia
PPIMI amat kesal dengan berita utama yang dipaparkan oleh Utusan Malaysia bertarikh 2 Mei 2012. Berita tersebut tidak sesuai dan bertentangan dengan budaya masyakat Malaysia. Perkara ini tidak sepatutnya berkalu kerana Utusan Malaysia telah beroperasi lebih dari 70 tahun. Sudah tentu Utusan telah paham dan matang dengan sensitiviti masyarakat.

Akhbar merupakan satu medium untuk meyampaikan informasi kepada masyarakat. Akhbar juga salah satu medium pembentukan minda masyarakat. Pada zaman sebelum merdeka, akhbar digunakan untuk menyampaikan pendapat dan memberikan kesedaran kepada rakyat berkenaan dengan penjajahan British. Akhbar mampu menyuntik kesedaran dan membakar semangat orang Melayu pada waktu itu. Akhbar merupakan ‘catalyst’ kepada rakyat.

Kini fungsi akhbar seolah-olah telah berubah. Berita dan isi penyampaian sudah jauh tersasar dari membentuk pemikiran masyarakat yang matang. Pemikiran yang bagaimana yang ingin disemai di dalam minda jutaan rakyat Malaysia? Adakah ini pemikiran alaf baru?

Utusan Malaysia dengan tagline “Pemangkin Fikiran Rakyat” sedikit sebanyak memberi impak kepada pembentukan generasi yang akan datang. Berita dan gambar yang mempunyai unsur lucah dapat memberikan kesan negatif kepada pemikiran kanak-kanak dan pemuda. Minda mereka akan terlorong kearah keghairahan dan nafsu syahwat. Kanak-kanak suci yang tidak mengerti akan bertanya dan berusaha mencari jawapan. Fikiran mereka bukan lagi terisi dengan isu masa depan negara, masyakat dan umat, tetapi malangnya memangkin fikiran mereka kepada perkara yang memenuhi tuntutan nafsu.

PPIMI berharap agar pihak Utusan Malaysia dapat menilai dan meneliti sesuatu berita sebelum memaparkan kepada umum kerana impaknya amat besar. Ini adalah amanah rakyat dan juga amanah pejuang-pejuang yang terdahulu. Semoga ulang tahun pelancaran akhbar Utusan Malaysia kali yang ke-73 pada 29 Mei nanti akan menjadi pemangkin kepada perubahan untuk terus memberikan yang terbaik kepada rakyat Malaysia.

Muhammad Noor Helmi Ibrahim

Presiden

Persatuan Pelajar-Pelajar Islam Malaysia Ireland 2012

Tabung Online RIBA!!!
Assalamualaikum wrt wrb kepada warga Dublin yang dikasihi sekalian.

Setiap April bank di Dublin akan memberikan dividen kepada pelanggan.Sudahkah anda lihat penyata bank anda?

Sedarkah bahawa ada wang tambahan yang bukan milik anda?

Hadirnya tiba-tiba & dimasukkan secara automatik oleh bank?

itulah RIBA’ namanya.

Dan riba’ adalah HARAM bagi umat Islam!

Dalil dari al-Qur’an, Allah swt berfirman,:

“Allah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba.” (Al Baqarah : 275)

“Wahai orang-orang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah saki baki riba sekiranya kamu benar-benar beriman, sekiranya kamu tidak meninggalkannya, isytiharkanlah perang dengan Allah dan Rasulnya. Dan jika kamu bertaubat, maka bagi kamu pokok hartamu, kamu tidak berbuat zalim dan tidak dizalimi.” (Al Baqarah : 278-279)

Dalil dari As-Sunnah: Rasulullah S.A.W bersabda:

“Rasulullah S.A.W melaknat pemakan riba, orang yang memberi makan dengan riba, juru tulis transaksi riba dan dua orang saksinya. Kedudukan mereka itu semuanya sama.” (HR. Muslim)

Sudah terang lagi bersuluh, kalam Allah S.W.T telah menegaskan hukum haramnya riba kepada semua umat Islam walaupun jumlahnya adalah sekecil 1 sen. Namun, masyarakat di Ireland memang tidak boleh lari dari riba hasil dari penggunaan bank-bank konvensional akibat ketiadaan sistem muamalat Islam di sini lagi.

Maka dengan ini, PPIMI ingin mengambil langkah segera dengan menubuhkan

tabung online RIBA kepada warga. Dublin.

Langkah-langkah mudah yang boleh diambil ialah:

1. Menelefon pihak bank masing-masing untuk bertanya jumlah interest yg telah diterima di talian

AIB- Tel: + 353 16600311BOI- Tel: 1890 365 200

2. Atau Mengira sendiri interest anda melalui bank statements yang diterima.

3.Seterusnya, boleh ditransfer ke akaun di bawah dgn menyatakan ‘RIBA’

Bank: AIB

NSC: 931012

ACC: 25395064

REFERENCE: RIBA

TAHUKAH ANDA??? Bagaimana melupuskan duit riba’?

Wang Riba terkumpul akan diserahkan kepada Pusat Pungutan Zakat dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) untuk diluruskan dan maslahah ‘ammah.

Tunggu apa lagi? Jom bersihkan harta kita sekarang!

Dr Yusuf al-Qardhawi dalam menjawab persoalan berkaitan ke manakah wang yang di dapati dari sumber yang haram boleh dibelanjakan menyatakan;

dari segi logiknya, harta-harta yang haram ini hanya boleh dialirkan kepada empat jalan sahaja iaitu;

1. Mengambil harta itu untuk kegunaan sendiri dan ahli keluarga. Ini adalah TIDAK diharuskan oleh syarak

2. Meninggalkan sahaja kepada bank riba. Ini juga tidak harus kerana kebiasaannya bank-bank ini mendermakan harta tersebut kepada badan kebajikan yang kebanyakannya  terdiri daripada persatuan2 gereja dan kristianisasi

3. Memusnahkannya. Pendapat ini telah ditolak oleh Imam al-Ghazali di mana beliau menyatakan; kita ditegah daripada memusnahkan harta kita.

4. Membelanjakan untuk tujuan kebajikan seperti kepada fakir miskin, partubuhan-pertubuhan kebajikan, dakwah dan kemasyarakatan Islam dan sebagainya. Inilah satu-satunya jalan yang dibenarkan.

Menurut al-Qardhawi lagi beliau menjelaskan bahawa cara ini bukannya dinamakan sedeqah, kerana Allah itu baik dan dia hanya menerima yang baik sahaja (sebagaimana mafhum sebuah hadis Rasulallah SAW), sebaliknya ia termasuk dalam bab membelanjakan harta yang haram kepada satu-satunya jalan yang diharuskan. Pembelanja bukanlah pemberi sedeqah tetapi hanyalah sebagai orang tengah dalam menyampaikan harta itu ke jalan kebajikan.

Pandangan sebahagian besar ulama’, duit riba boleh digunakan untuk membuat prasarana yang berkepentingan umum. Sebagai contoh untuk membina jalanraya,tandas atau seumpamanya.

“kami menerima wang faedah ini untuk diserahkan kepada pihak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan bagi tujuan maslahah ‘ammah.. Maknanya sekiranya ada di kalangan umat Islam yang ingin melupuskan duit riba dengan cara menyerahkannnya kepada kami, resit akan dikeluarkan di bawah kategori penerimaan “Wang Faedah” untuk tujuan rekod dan bukti.” PPZ-MAIWP-

“TUNAIKAN TANGGUNGJAWAB ANDA SEBAGAI SEORANG MUSLIM!”

AMANAH ANDA UNTUK MENYEBARKAN PERKARA INI KEPADA YANG LAIN.

[K&K] Tips On How To Avoid Home Invasion Robbery
DO YOU KNOW?

THEFT OCCURS EVERY 5 SECONDS                       ROBBERY OCCURS 1 MINUTE

BUGLARY OCCURS EVERY 15 SECONDS                             PROPERTY CRIME OCCURS 3 SECONDS

AUTO THEFT OCCURS EVERY 29 SECONDS

RECENTLY, NEWS OF HOUSE INVASION ROBBERY QUITE OFTEN HEARD OCCURING AMONG OUR BROTHERS AND SISTERS. LAPTOPS, HANDPHONES, AND ALL SORTS OF VALUABLE ITEMS ARE STOLEN. IT IS PARTICULARLY FRIGHTENING BECAUSE IT VIOLATES OUR PRIVATE SPACE AND THE ONE PLACE THAT WE THINK OF AS OUR SANCTUARY.  HENCE, THERE ARE SEVERAL TIPS ON HOW TO AVOID OURSELVES FROM BECOMING VICTIMS OF HOUSE INVASION ROBBERY.

Install solid core doors, heavy duty locks, and window security devices.1

Use the door peephole BEFORE opening the door1

Never open the door to strangers or solicitors1

Call the police if the stranger acts suspicious1

Alert your neighbors to suspicious solicitors1

Hold a house meeting to discuss home security plans1

Set the home perimeter alarm at night, if you have one1

Have a panic attack button as an emergency alert whenever you encounter any robbery attacks.1

Always lock your house door even though you are going out for a little while. We will never know when the robbers are going to attack!

Do not leave your valuable, personal belongings near windows as this can be a usual target for house robbers

Make your house seems like a hard targets by having make sure your house always locked, windows closed, and install light outside your house

BY APPLYING THESE PRECAUTIONS, HOPEFULLY THE HOUSE INVASION ROBBERY AMONG US CAN BE PREVENTED AND CREATE A SAFER ENVIRONMENT TO LIVE IN.  COOPERATION FROM ALL HOUSE MEMBERS IS VERY ESSENTIAL IN MAKING SURE THAT OUR HOUSE IS SAFE FROM ROBBERY TARGETS AND WE CAN LIVE WITHOUT BEING AFRAID OF BECOMING THE VICTIMS OF THIS UNFORTUNATE EVENT.

References:

http://www.crimedoctor.com/homeinvasion.htm

-Unit Keselamatan&Kesihatan Lajnah Kebajikan PPIMI 12/13-